utama

BERITA TERKINI

MRSM PARIT


test

 

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit telah memulakan sesi persekolahan dengan pendaftaran pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada 18 Jun 2012. MRSM ini bernilai RM80 juta dan siap dibina di atas tanah seluas 54 ekar berhampiran Pekan Parit. Kapasiti pelajar MRSM Parit boleh menampung seramai 1050 orang. Dengan adanya program dwisijil SPM-IGCSE, MRSM Parit dapat memberi peluang kepada pelajar yang cemerlang terutamanya di luar bandar mengikuti sukatan pelajaran di bawah kelolaan Cambridge International Examination.

 

AKTIVITI PELAJAR

Pelajar Tingkatan 5 membuat formasi 9A+. Formasi ini untuk program Gemilang SPM 2013.
 
Setiap pelajar tingkatan 5 berpeluang menyembelih seekor burung puyuh. Sebanyak 5 ekor ayam dan 200 ekor burung puyuh menjadi korban sembelihan.
 
Program 5S, pelajar bergotong royong membersih dan menceriakan kelas masing masing.
 
Program bersama homeroom, BBQ dan makan bersama-sama pada hujung minggu.
 
  • INFO TERKINI : BULAN MAC 2015

    Makluman kepada pelajar MRSM SPM 2014

     

    Sukacita dimaklumkan bahawa pada 3hb Mac 2015 akan diadakan program penyerahan sijil SPM 2014

     

    Kaunter bayaran mula dibuka pada jam 8.30pagi.

    Pengambilan sijil SPM akan bermula pada jam

    10.30pagi – 12.30tengahari di dewan Iltizam.

     

    Etika pemakaian pelajar:

    Lelaki – Smart Casual

    Perempuan – Baju Kurung

     

     

    *Sekiranya terdapat yuran yang belum dijelaskan, sila bawa wang yang secukupnya. (RUJUK KEPADA PEJABAT MRSM PARIT). Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keputusan SPM anda ditahan.

FORUM ANDA